Tuesday, February 19, 2013

Awak tiada humanity ke?





Baru baru ini ada dua berita yang menyakitkan hati aku, 1. Kes budak kena lambung dek amah, 2. Haiwan di Zoo Melaka diracun. Diracun bukan keracunan makanan dan kena lambung tu bukan macam kau lambung budak acah aca kasi dia gelak tu, dia hardcore punya. Dalam kepala aku, kau orang ni takde belas kasihan ke? takde perasaan langsung?



Tak kisahlah baby tu poo poo banyak, lalu amah geram dan lambung lambung baby tu, or dia marah dekat parents baby tu or apa-apa lah, budak sebesar tu logik ke nak berdosa dan berbuat dosa dekat amah tu? the baby's innocent kot. Atau kau.. gila? Aku taktau pulak ada orang sanggup hempuk hempuk macam tu sekali, macam tak boleh bayangkan macam mana budak tu selak menangis sakit, aku tersepak batu pun sakit kuku 2 hari ini budak kecil, kena hempuk? banyak kali pulak tu. ERHHH. Taktaulah apa perasaan mak ayah budak tu, mungkin retak hati diorang, sape tak sayang anak oi.


sampai hati ke?

Kedua, aku tak pernah lah pulak tengok kuda atau beruang berbuat aniaya, curi gf/bf orang ke apa. Yang kau pergi racun diorang buat apa? bodoh enough? dahla aku bias terhadap kuda dan beruang yang comel, how could you!. Kucing aku mati pun aku dah taubat taknak bela kucing sebab trauma tak sanggup kehilangan, taktaulah how do you have the guts nak meracun binatang yang baik, comel, manja, gagah. That is mean.



Kita ini manusia walaupun kita dikatakan sebagai sebaik baik kejadian sehingga mendatangkan cemburu para malaikat, janganlah terlalu ego di dunia ini sehingga kau menzalimi ciptaanNya yang lain termasuk babi atau anjing, pada aku.. kita tak berhak pun..kita semua hambaNya, tak berhak menzalimi sesiapa.

Bila fikir balik, kalau anak kandung pun kau rogol, ajak share dadah sekali, inikan pulak setakat nak bunuh binatang, nak bunuh anak orang kan? kan? dasar manusia.

2 comments:

zie marziah said...

hai salam kenal..
geram dengan amah ni..lempang kang

sarahunny said...

hi. salam kenal. thanks for dropping by. :)