Sunday, February 17, 2013

(Resepi) Cara-Cara Membuat Puding Jagung









Sepatutnya tajuk dia


CARA CARA MEMBUAT PUDING JAGUNG GAYA FAMILY SAYA

ah presentation OUT!

Memandangkan cuti sem aku dah nak habis, jadi bila dah berjanji harus ditunaikan..bila orang mintak resepi senang rasa serba salah nak tunjuk sebab hey aku pun sedang belajar nak menunjuk pandai, pui. Ada lagi 1 resepi aku hutang orang; pizza. Tapi takpe aku tunjuk yang ini dulu lah..

Anyway ini just a share, benda sedap harus dikongsi bersama, kalau gemuk pun kita gemuk bersama-sama, right right? (gaya Ted Mosby) =P

Puding ini aku tak guna santan, pertama aku malas nak kopek santan, belah kelapa dan mesin. Kedua aku kurang gemar bau santan macam tak berbaloi je semua usaha terebut untuk bau santan yang kurang enak (pada tekak aku), Ketiga im on diet! haa walaweh.. tu pun kalau ada orang nak percaya lah. ahaha coughcoughcough

Ini antara bahan-bahan yang diperlukan? barang barang murah je. Adalah diingatkan aku guna resepi 2 adunan sebab family aku besar, jadi biarlah semua merasa ye dak? kan kata tadi apa? gemuk bersama- sama. barulah keluarga bahagia! hahaha. Kalau korang nak buat sikit pandai pandailah divide ye. muahaha




2 cawan  Tepung  kastard
1 cawan  Gula
2 tin susu sejat
2 tin jagung
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning (jika perlu)
2 1/2 tin air   (guna tin susu sejat)


First and foremost sediakan besen or periuk or apa apa lah yang kau rasa boleh menampung semua bahan di atas..
Okay, here we go.. taruk gula dan tepung kastard dan stir.



Masukkan jagung, kacau kacau

Masukkan susu, kacau kacau, garam sikit



Masukkan air kacau kacau

Sampai sebati takde ketul ketul, panaskan kuali dan masukkan semua dalam kuali. See senang kan?
Here the kesabaran part, gunakan api yang sangat minima supaya takdela cepat masak lepas tu berketul ketul nanti korang gelabah pastu jadi puding hangit berketul manja.


masukkan pewarna kuning telur (option)

Sepanjang proses di atas api haruslah korang kacau kacau kacau kacau sampaaaai dia jadi pekat, thick macam ni..masa ni kau nak rasa, rasa lah kalau kurang garam tambah la sikit, ikut keselesaan tekak masing masing nyah.




Kacau kacau kacau.. kalau lenguh kacau tukar lah tangan tu pun nak aku ajar, senaman lengan sekali sekali nanti kan kita nak top up dengan kalori puding jagung, apa salahnya senaman tangan dulu.

u see the volcano? plupp plupp



Macam mana nak tau yang puding ni dah betul betul ready? bila dia betul betul pekat dia akan menghasilkan volcano tanpa larva, dia macam plupp plupp plupp, makin lama makin besar & banyak volcanos dia.. then tutup api and get em readeeeeh!! sejukkan before masukkan dalam fridge, dan serve!



sorry iols takde gambar serve sebab semua orang terkam pastu tadaaa licin. 

Ok. Dah siap. senang kan. hihihi.  ok selamat mencuba!

note: terlebih air boleh menyebabkan puding korang lembik sampai kena pakai sudu, terkurang air jugak boleh buatkan ia terlalu keras. so use ur motherly instinct! :P

note lagi: kalau nak pudding lebih berkilat, letak sikit 1 sudu tepung jagung, tapi boleh lebihkan air sebab tepung jagung memekatkan mixture

sekian, terima kasih.

3 comments:

zie marziah said...

sedapnye..leh try.nampak senang je

Anonymous said...

Thankyou. Already made it! Tgah tggu dia sejuk dlm fridge. (: nanti gemuk sama sama ek. Hahaha :D

isfarini md isa said...

Nk cuba jugak ;)