Thursday, August 29, 2013

Review MakeUp Products Untuk Kulit Berminyak

Hello!

Rasa macam nak share few products aku pakai dan nak jugaklah orang lain pun dapat berkeyakinan ewah.. dan taklah benci dengan kulit sendiri setiap kali ke mana-mana, nak touch up selalu. erh!

FYI, kulit aku jenis berminyak, somehow bila berminyak dia tend to nak berjerawatlah kan, and dulu aku pernah ada masalah jerawat yang sangat sangat serious, sekarang pun baru nak recover..insyaAllah. Jadinya! untuk menangkis masalah kulit berminyak, hmm boleh aku cakap bukanlah membuang masalah kulit berminyak tu terus sebabnya kulit berminyak terjadi dari dalaman, macam pemakanan dan menyebabkan sebum berleluasa.. cuma kat sini aku nak share products yang at least kalau korang pakai make up, make up takdelah ruin dalam masa 4jam ha dah kena pergi touch up sebab dah cakey. Sebab make up caket ni lah aku malas nak pakai bedak, sebab hazab lagi buruk dengan berminyak. Erhh! Ala tapi sekali sekala teringin jugak kan nak pakai bedak, pakai lipbalm. ha siap dahh..

Ehsan daripada owner blog ini

Price: RM100+ eh ke kurang 100, tapi over RM50,


Terpaksa pakai gambar blog orang sebab botol dia aku dah buang, before fly aku dah tuang banyak banyak masuk botol spray rm5 tu pastu aku pakai kat london, habis pulak. Tahan sangat lama, beli daripada tahun lepas lagi tahun ni baru habis, setahun jugak kot.. tengoklah botol dia sama dua kali ganda besar lengan aku yang debab ni.

Review Wonder Pore

Mula pakai, rasa macam tak berkesan sangat fungsi nak mengecilkan pori dan mengurangkan minyak tu, aku hadap je pakai seminggu dua sebab beli dah mahal-mahal sambil membayangkan penat lelah mak aku cari duit yang kalau dia tau mesti dia baling aku dengan penyapu sebab membazir. Taaaapi! dah pakai tak sampai sebulan dah rasa suka benda ni, lepas cuci muka, sebelum pakai face lotion  mesti nak pakai ni dulu, kalau tak.. tak sedap rasa macam derhaka pada kulit.Sebab botol dia besar gabak, aku tuang dalam botol yang beli dekat daiso tu je..sebab senang nak travel, pastu boleh buat refreshener..
Bab pengecilan pori aku kurang pasti sebab aku punya pori dah banyak terbukak, takde kecik kecik sampai sekarang tapi nak mengawal minyak tu boleh la aku recommend.




Nexxxxxxxxtt!


AVENE Termal Spring Water

RM 30 (aku rasalah, sebab aku beli kat sana 6pound, aku x5, 30 lah gamaknya kot. tak survey lagi dekat sini berapa.. sorry kalau salah)

Oleh sebab si etude tu habis kat tempat orang, mana aku nak cari etude kat sana?. Makanya aku pergilah farmasi mengadu nasib.. dan disuruh mencuba Avene ni, nak jugaklah i spray spray kat muka nokss sebab taknak derhaka dekat kulit, uuuuuww!. 

Review:
Sangat best! 
1. Mekap stay longer
2. Kulit takkan berminyak
3. Boleh jadi refreshner as well, kadang-kadang tu aku lama sangat kat driving school bukan spray kat muka je, leher, tangan perut sume aku spray janji rasa fresh. HAHAHA.
Pernah termasuk mata, ingat ke aku bakal buta.. eh tak rupanya.. tak rasa apa apa.. kiranya kimia dia tak tinggi lah kan?

Cara pakai, selepas cuci muka, sebelum pakai face lotion/moisturiser hendaklah spray avene ni dulu, dan lepas pakai bedak, spray lagi sekali ini untuk blend mekap tu supaya ketepungan kegomakan tidak berapa nampak. ME SO LIKEY!


BIORE uv Aqua.

RM 25+
Sebenarnya sampai sekarang aku taktau apa fungsi sebenar biore yang satu ni, dah 3 tubes pakai padahal.. pasai dekat description dia korea habis, mana aku nak reti yang aku nampak SPF50+ ha yela tu sunscreen lah kot, ke make up base? ahahaha. eh ke face lotion yang mengandungi SPF didalamnya? Tapi yang pasti aku buat as face lotion sebab kulit aku ni nak jugak lembab-lembab tapi tak berminyak, siapa siapa yang ada masalah macam aku.. so this it is!!

Review:
Terlalu best best!
1. Sebab SPF tinggi, setakat ni kulit aku tidaklah terasa terbakar sangat, taktaulah psychology aku je yang lebih.
2. Texture sangat ringan
3. Melembab tapi tidak berminyak
4. Cepat absorb dalam kulit, tak payah tunggu lama untuk sapu bedak/foundation
5.Bau best!


Bedak Miyami (Cosway)
RM28
Aku dah bertahun guna bedak ni, aku tak suka berfoundation sangat sebab macam tak bernafas, tak natural je aku rasa, aku basahkan sikit sponge atau aku spray je dengan spring water tu, pastu aku dab dab siap, tapi kulit sensitif macam aku, even aku dah hari hari basuh/beli sponge nanti akan naik jerawat atas perbuatan aku ini.Melainkan aku pakai foundation baru lah nak elok kulit aku takde tumbuh apa-apa berbulan lamanya. =.= whyy
Bedak miyami ni yang kalau pergi surau 6/10 kaum hawa menggunakannya,

Review
1.Tahan 4-6 jam, atau lebih bergantung pada kulit.
2.Ada 3 tones sahaja
3.Medium-Full Coverage, juga bergantung pada jenis kulit, kalau aku ni berlubang sana sini takdenya nak betul full.



REVLON Color Stay

RM60+ kalau ada promotion, RM48 dah dapat tak silap

Buat masa sekarang aku tak pakai sebab aku tak kerja, malas nak perabih duit mak. Tapi highly recommended for ladies who need extra coverage for your skin. But, kalau awak kulit berminyak beli untuk oily skin lah ye, jangan salah beli! ada dua optiopn, baca betul betul! 

1. Sangat "stay" lama. sampai malam pun mekap macam takde apa-apa. 
2. Sedikit berbau =.=
3. Botol dia tube, so everytime nak guna kena tuang dekat atas tangan sikit
4. Sangat pekat, kalau nak pakai kena basahkan sponge sikit, dab foundation sapukan dekat muka.
5. Kulit takkan nampak berminyak.
6. Setakat parut jerawat boleh kasi hilang munyaa. :)




Semua products ni lagi bagus kalau pakai sekali, tapi takpe je pakai dengan brand yang korang lagi selesa kan, Saja nak share sebab selama hidup ni sangalah susah untuk aku cari barang yang sesuai dengan kulit, lagi lagi berminyak ni, tak best kan pergi lunch dengan officemates rasa muka melekit-lekit. Pastu sibuk nak touch up dah touch up nampak lagi bertepung. Hmm


Ini gambar masa aku pakai Avene, Colorstay, Miyami, tapi dah berfilter lah pulak dah kan.

So gambar ni pun dah tak berapa jujur.Kenapalah filter tu tak tolong betulkan tudung ke ha. 
Ha, ini takde filter takde edit apa-apa. Boleh la click kalau nak zoom tengok my skin. >.<


 tapi oklah.. see u again!




3 comments:

BALQIS KAIN SULAM said...

aa tertarik ngan AVENE Termal Spring Water tuh..t nk cri kt watson/guardian la..hope ade =)
sbb slalu tgk artis2 korea pas mekap pasti akan sembur kt muke bg look more nice..so pasni nk try..hehehe

sarahunny said...

hii. saya ada try the one from bio essence jugak, function sama.. n way murah. maybe nak cuba jugak kan.. dua dua bagus :)

Dila Gebu said...

hooo kena cubalah jugak nanti

Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK