Monday, January 21, 2013

Air Asam Mencicah

Hai. saja nak tulis cara-cara membuat air asam mencicah. Aku pun tak tau betul ke tak tajuk tu, tapi kalau aku cakap kat mak "mak buat mencicah jom" tula benda yang mak aku buat, so benda ni kita nak panggil apa? sos?kuah? aku panggil air asam je la. Ada lagi satu pesen air asam, orang makan dengan lauk macam ikan goreng/bakar, daging rebus/salai.. ha orang kedah punya resepi la ni, negeri lain panggil apa aku taktau.
Lagi satu saja je aku nak buat entry jugak sebab nanti aku duduk jauh-jauh dengan mak, boleh aku buat sendiri takde la tunggu cuti sem baru nak buat. Wait. selama ni memang aku taktau buatlah? yup! mesti rasa tak sama dengan mak aku buat, aku pun tak tau apa pasal.


  • Cili
  • Belacan
  • Asam Jawa (yang basah tu)
  • Garam
  • Gula
  • Kicap(option)
  • Air (sikit je, cair sangat tak best)


mihihi. kalau masuk masterchef confirm out dah markah presentation


Kau tenyeh je cili tu kalau nak power lagi kau tumbuk la, tapi aku tak sanggup pedas sangat walaupun aku makan pedas, aku picit-picit je dengan sudu hewhewhew.. letak belacan, garam, gula, kicap, dah air yang dah masak, lepas tu kau letak asam jawa, kau kacau je semua tu, pastu kau rasa kalau kurang masin kau tambah la garam lagi. hahaha. entah hapa2 nak bagi resepi pun.

Aku punya suka air asam ni, sampai cicah dengan sengkuang pun takpelah.. timun pun jadi! kalau tak dapat mempelam mangga. Okay dia gini.. mencicah sedap dengan


google bagi.
  • Mangga
  • Sengkuang
  • Epal Hijau
  • Timun
  • Jambu air/batu
YUMMMMMMMS!



Okay dah kecur. gotta go! makaaaaaaaan! =D

Thursday, January 17, 2013

Bila Kawan Bernikah, Brainwashed Diri Sendiri

Dalam sekitar awal 2013 ini, dua orang sahabat baik aku yang terrrrrapat sekali sudah dan bakal mendirikan rumah tangga. Lepas tu aku membuat perhitungan umur aku, wey aku dah 24 kot. 23 tu rasa muda jugalah lagi.. macam awal-awal remaja giteww, tua ni tua. Dan disebabkan birthday aku pada September, aku membuat kesimpulan "im not 24 yet till my birthday". So kalau sape-sape tanya umur aku, aku cakap "Januari2013-September1989" tu pun aku dah discount sikit tarikh lahir aku.





Memang tak kisah pun when it comes to Jodoh topic kan, takpelah jodoh dia dah sampai, tapi kami perempuan-perempuan ni memang kisah sikit siapa kahwin awal dan tidak. Hahaha. Eh bukanlah berlumpa-lumba siapa kahwin awal tu hot ke mende, tapi perasaan dah tak dapat lepak, tidur sebantal, gurau-gurau, feeling gadis-gadis jalan ronda-ronda times square beli palazzo murah, teka berapa callorie dalam coffe starbucks, kilat kuku sama-sama, gosip, berenang dan gurau-gurau di pool, benda yang sanagt value nak buat lah masa masing-masing single.. yang kau boleh cerita kat cucu kau nanti
 "nenek dulu swimming sambil menari sebelah kaki je cu dengan bff nenek*coughcough* lekkk je."
ataupun 

"palazzo ni dulu pemes gilo baq hang, la ni ada balik ye cu..nenek salu nak beli 1 dengan bff nenek tapi sebab pungkoq besaq tak sesuai nenek nak pakai..  well nway, fashion is recycling that was what they told me dulu *coughcough*"

kata seorang nenek vogue kepada cucunya.


Ini sangat bertepatan dengan pepatah masa muda hanya sekali. #tetibe. Memanglah aku boleh buat benda-benda tu semua masa diorang dah nikah pun cuma limitasi terhadap aktivitasi menjadi terlalu tinggi. Takkan dia sibuk nak urus suami, masak nasi, menyusu anak aku sibuk nak ajak ukur Times Square kot!



Aku tak lama lagi



Hinshh hinsh. Dia macam aku dari planet lain ke apa bila aku bukak FB semua orang tayang anak, pergi jalan-jalan dan ada word "mak mentua" HAHAHA. Gosok mata aku masa nampak word tu ibarat "dunia apakah aku sekarang ni tinggal" okay tu a lil bit exaggeration but the feelings kinda similar. =P . Its like, waittt.. why kau orang tinggal aku sorang sorang ni! dan bila nak bergosip takkan aku nak gosip pasal rumahtangga kot which is not good, korang yang dah kahwin mesti tertinggal berita terkini aliran dunia masa kini kann? contohnya Siti Nurhaliza sekarang dah betul-betul bertudung, mesti korang taktau kan. hahahah #sedapkanhatisendiri.



Orang cakap Allah tu Maha Adil, Dia tinggalkan aku lagi sorang kawan baik yang tak kahwin dalam masa terdekat ini yang aku selalu jalan-jalan pergi ukur Alamanda, (boleh hari tu dia nak tengok Life of PI, dia pergi cakap "nak tengok cerita harimau dalam sampan dekat akak jual tiket) =.= tapi takpe.. Alhamdulillah. Kalau budak ni nikah jugak, aku duduk dalam rumah je lah layan kucing. HAHAHAH. HI Fifi bebo! Tinggallah sorang yang teman aku tidur malam-malam dekat hostel lepas ni,






Anyway, to KinahMyLove, dan Dylot, selamat berkhidmat  sebagai isteri, Engkauorang bakal menjalankan salah satu tanggungjawab yang mendekatkan korang ke syurga insyaAllah. Amin.


Aku rasa nak tukar Baju Kurung Baby Blue kepada Nenek Vogue lah. *tantrum* 

Wednesday, January 9, 2013

Taksub Fenomena

Tak kisahlah kau meminati siapa-siapa pun dalam dunia ini, hindustan, kpop, mpop, pop pop, pendakwah, penceramah, ahli politik,  jangan sampai terlalu taksub sampai kau memuliakan sangat mereka-mereka, seperti mereka tiada langsung salah, sentiasa betul, tiada masa silam, tiada perbuatan yang berdosa bakal dilakukan, in fact kau anggap mereka-mereka itu maksum, sampai harus kau nak berdebat, hukum hakam tiba-tiba ditolak ketepi, hadith ape tah lagi. Yang pasti penceramah agama lebih mulia dari aku lah. #tetibe



Aku tak pasti memang adat di Malaysia mudah taksub ke apa. Lepas satu satu, dulu masa aku kecik-kecik, semua pakat duk puja hindustan, semua benda nak di Kuch Kuch Hota Hai, sampai jadi Kuch Kuch Hotak Hang, semua nak hidung macam Shah Rukh Khan lepas tu jeles dengan Kajol sebab Kajol salu kena peluk denga SRK, debate sape lagi hensem between 3Khan tu, dan berbagai lagi, sampai beli kad-kad nama RM3 dapat doblas keping gambar Amir Khan kenyit mata. *sigh*

Lepas tu masuk era Indonesia, Kris Dayanti bawak lagi Menghitung Hari, blabla, sampai depa nak bawak masuk lagu apa pun kita terima je, padahal lagu kita nak bawak masuk sana siap kena tukaq bahasa lagi, apakah pengkhianatan ini?!, Tak lama semua orang Melayu speaking indo, takpelah tak kisahlah kan. Menonton Sinetron, pakat berebut depan tv nak tengok Bawang Putih Bawang Merah, esok dekat sekolah cerita pasal kejahatan Rika Sumanto, bukan main lagi tunggu beratus episodes, begitu gigih padahal semua tu mimpi je, cis tahi betul.

Era cerita HongKong/Taiwan pernah datang sekejap, aku tak ingat tajuk-tajuk cerita yang best, petang-petang aku dok tunggu cerita polis-polis lah, bomba-bomba lah, ada cerita zaman Dinasti itu Dinasti ini, ikat rambut tinggi-tinggi, naik kuda. AWWW!. Aku mesti angkat kain kat ampaian awal-awal sebab taknak miss sikit pun cerita tu, sampai aku tengok sorang hero tu kan sampai hati aku berdebar-debar habaq hang, tak guna betui! nasib baik masa tu Google belum diperluaskan lagi, kalau tak aku dah kawen dah kot dengan mamat tu, =.='

Kemudian era Filipina punya drama, tapi sekejap je.. Pangako Sayo, Sanay Wala Nang Wakas, Jericho apetah semua perempuan bergedikkan, aku pun taktaula tang mana hensemnya, aku tengok Afdlin Shauki lagi hensem kot.. tapi Kristine Hermosa tu lawa pernahla jadi lesbian crush aku. HAHAHAHA. Tak.. aku tipu je, bila tipu kena letak HAHAHA caps lock. tahu?

 Winter Sonata, Autumn In My Heart tv3 bawak masuk seingat aku, petang-petang. First time aku dengar suara 'Korea' i mean bahasa mereka, tapi aku kena gelak dengan abang aku sebab aku kena tipu sebab sebenarnya suara tu dubbing kepada bahasa Mandarin/Cantonese!(macam mana aku tak perasan!). Dubbing adalah benda paling tak cool dalam dunia kot!. Daaan,  Korea suntik dengan lagi unsur hiburan comel-comel, cool, (konon) masa tu ada Wonder Girls, Nobody Nobody But You!(buat gaya tangan) datang, SNSD, Super Junior, entah siapalah lagi, sampai ke hari ini.

SNSD kat Malaysia hari tu 

Semua ini fenomena, lepas satu-satu kita tinggalkan dan beralih pada yang baru.. Kau puja, buat fan war sampai menidakkan langsung benda lain, benda lain selain yang kau minat semua tak elok, yang kau minat tu lah yang paling awesome, terbaik, the best dan nak orang lain suka apa yang kau suka jugak, kalau tak semua itu salah. Nak minat boleh, tapi jangan sampai mendewakan, please lah!  jangan sampai lagha,  dan kau terlupa sekejap siapa Tuhan.



NigaHiga buat kelakar.


anyoyoyo omey omey.

Sekian terima kasih.