Wednesday, February 20, 2013

How the bang hairdo turned to mammoth hairstyle.

Aku merupakan spesis yang cepat bosan, aku tak sukakan routine bla bla bla..sama jugak dengan halnya tentang rambut, aku tengok cermin haih bosannya rambut aku, macam loser. Pegi toilet lalu depan cermin "loser loser loser" pegi dapur lalu cepan cermin "ure boring!" macam cermin tu mengutuk ngutuk haku. Somehow macam rambut orang demam.

Emak selalu suruh aku potong rambut sebab aku spesis migraine, lalala. Jadi aku decide nak potong rambut style yang dah lama aku tinggalkan.




Oleh sebab aku perasan comel kecik kecik dulu, aku fikir aku sekarang pun comel kononnya, aku teringin lah nak buat rambut macam ni walaupun bantai kena gelak dengan mak dan akak aku, diorang kata "wei hang tu bukan budak budak lagi nak buat rambut macam tu" but... Anne Hathaway buat kot. (pftt)


Namun begitu, budak perasan berlutut hitam yang tak sabar berpenampilan baru ini memutuskan untuk memotong sendiri, dahla amatur berharapkan si cermin, tulang 4 kerat, dan mata yang tak berapa nak celik atas sebab sepet.


*Depan cermin*

Potong sikit-sikit.

Potong lagi..
Sikat

Ok dah nampak dah comel sikit

Eh my face suits bang hairdo lahh!
Ok berkeyakinan lagi nak teruskan guntingan

Potong
Tutut mata, rambut masuk, Alamak
Lagi

Samakan, bukak mata sebelah
Eh tebalnya belah atas ni
Potong lagi

Trim trim
TRIMMM


dan hasilnya...
It's cute for a mammoth or cartoon character, but not for human....

obviously.

Now cermin jerit "U TO THE G TO THE L TO THE Y."
Keluar toilet, malu malu.

Tuesday, February 19, 2013

Awak tiada humanity ke?





Baru baru ini ada dua berita yang menyakitkan hati aku, 1. Kes budak kena lambung dek amah, 2. Haiwan di Zoo Melaka diracun. Diracun bukan keracunan makanan dan kena lambung tu bukan macam kau lambung budak acah aca kasi dia gelak tu, dia hardcore punya. Dalam kepala aku, kau orang ni takde belas kasihan ke? takde perasaan langsung?



Tak kisahlah baby tu poo poo banyak, lalu amah geram dan lambung lambung baby tu, or dia marah dekat parents baby tu or apa-apa lah, budak sebesar tu logik ke nak berdosa dan berbuat dosa dekat amah tu? the baby's innocent kot. Atau kau.. gila? Aku taktau pulak ada orang sanggup hempuk hempuk macam tu sekali, macam tak boleh bayangkan macam mana budak tu selak menangis sakit, aku tersepak batu pun sakit kuku 2 hari ini budak kecil, kena hempuk? banyak kali pulak tu. ERHHH. Taktaulah apa perasaan mak ayah budak tu, mungkin retak hati diorang, sape tak sayang anak oi.


sampai hati ke?

Kedua, aku tak pernah lah pulak tengok kuda atau beruang berbuat aniaya, curi gf/bf orang ke apa. Yang kau pergi racun diorang buat apa? bodoh enough? dahla aku bias terhadap kuda dan beruang yang comel, how could you!. Kucing aku mati pun aku dah taubat taknak bela kucing sebab trauma tak sanggup kehilangan, taktaulah how do you have the guts nak meracun binatang yang baik, comel, manja, gagah. That is mean.



Kita ini manusia walaupun kita dikatakan sebagai sebaik baik kejadian sehingga mendatangkan cemburu para malaikat, janganlah terlalu ego di dunia ini sehingga kau menzalimi ciptaanNya yang lain termasuk babi atau anjing, pada aku.. kita tak berhak pun..kita semua hambaNya, tak berhak menzalimi sesiapa.

Bila fikir balik, kalau anak kandung pun kau rogol, ajak share dadah sekali, inikan pulak setakat nak bunuh binatang, nak bunuh anak orang kan? kan? dasar manusia.

Sunday, February 17, 2013

(Resepi) Cara-Cara Membuat Puding Jagung









Sepatutnya tajuk dia


CARA CARA MEMBUAT PUDING JAGUNG GAYA FAMILY SAYA

ah presentation OUT!

Memandangkan cuti sem aku dah nak habis, jadi bila dah berjanji harus ditunaikan..bila orang mintak resepi senang rasa serba salah nak tunjuk sebab hey aku pun sedang belajar nak menunjuk pandai, pui. Ada lagi 1 resepi aku hutang orang; pizza. Tapi takpe aku tunjuk yang ini dulu lah..

Anyway ini just a share, benda sedap harus dikongsi bersama, kalau gemuk pun kita gemuk bersama-sama, right right? (gaya Ted Mosby) =P

Puding ini aku tak guna santan, pertama aku malas nak kopek santan, belah kelapa dan mesin. Kedua aku kurang gemar bau santan macam tak berbaloi je semua usaha terebut untuk bau santan yang kurang enak (pada tekak aku), Ketiga im on diet! haa walaweh.. tu pun kalau ada orang nak percaya lah. ahaha coughcoughcough

Ini antara bahan-bahan yang diperlukan? barang barang murah je. Adalah diingatkan aku guna resepi 2 adunan sebab family aku besar, jadi biarlah semua merasa ye dak? kan kata tadi apa? gemuk bersama- sama. barulah keluarga bahagia! hahaha. Kalau korang nak buat sikit pandai pandailah divide ye. muahaha




2 cawan  Tepung  kastard
1 cawan  Gula
2 tin susu sejat
2 tin jagung
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning (jika perlu)
2 1/2 tin air   (guna tin susu sejat)


First and foremost sediakan besen or periuk or apa apa lah yang kau rasa boleh menampung semua bahan di atas..
Okay, here we go.. taruk gula dan tepung kastard dan stir.



Masukkan jagung, kacau kacau

Masukkan susu, kacau kacau, garam sikit



Masukkan air kacau kacau

Sampai sebati takde ketul ketul, panaskan kuali dan masukkan semua dalam kuali. See senang kan?
Here the kesabaran part, gunakan api yang sangat minima supaya takdela cepat masak lepas tu berketul ketul nanti korang gelabah pastu jadi puding hangit berketul manja.


masukkan pewarna kuning telur (option)

Sepanjang proses di atas api haruslah korang kacau kacau kacau kacau sampaaaai dia jadi pekat, thick macam ni..masa ni kau nak rasa, rasa lah kalau kurang garam tambah la sikit, ikut keselesaan tekak masing masing nyah.




Kacau kacau kacau.. kalau lenguh kacau tukar lah tangan tu pun nak aku ajar, senaman lengan sekali sekali nanti kan kita nak top up dengan kalori puding jagung, apa salahnya senaman tangan dulu.

u see the volcano? plupp plupp



Macam mana nak tau yang puding ni dah betul betul ready? bila dia betul betul pekat dia akan menghasilkan volcano tanpa larva, dia macam plupp plupp plupp, makin lama makin besar & banyak volcanos dia.. then tutup api and get em readeeeeh!! sejukkan before masukkan dalam fridge, dan serve!



sorry iols takde gambar serve sebab semua orang terkam pastu tadaaa licin. 

Ok. Dah siap. senang kan. hihihi.  ok selamat mencuba!

note: terlebih air boleh menyebabkan puding korang lembik sampai kena pakai sudu, terkurang air jugak boleh buatkan ia terlalu keras. so use ur motherly instinct! :P

note lagi: kalau nak pudding lebih berkilat, letak sikit 1 sudu tepung jagung, tapi boleh lebihkan air sebab tepung jagung memekatkan mixture

sekian, terima kasih.

Saturday, February 16, 2013

24 is very sweet and cute and loveable and nice

Aku ini dah lama nak type, aku tulis aku delete..aku tulis lepas tu aku takut melukakan hati siapa siapa aku delete, aku tulis lagi lepas tu aku macam tiada idea aku delete.

Sambil aku mendengarkan bahasa Korea berlagu lagu yang aku tak faham sepatah harom pun, aku layankan beautifulnara, mencari informasi terkini, pftt.

Dan aku terperasankan comment ini...


tua? tua? kenapa tidak sedikit menjaga hatiku ini. sobs*tarik selimut*