Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan si Musafir

Assalamualaikum, hai semua! selamat barpuasa kawan2 ye!
Izinkan saya berkongsi secebis pengalaman yang saya lalui bila di negara orang, mungkin kalau macam student yang dah bertahun2 di perantau apedehal kan, tapi 3 bulan di benua orang sedikit sebanyak membuka mata saya untuk mengenali diri saya, teman2 rapat, persabahatan, dan macam2 lagi. berpuasa di negara orang selama 18 jam lebih bukan benda yang senang untuk aku, nak pulak sekarang summer, pernah mencecah 32 celcius, mungkin orang kata eleh panas london, panas malaysia lagi. NO. panas dia lain macam sangat, pada aku lagi teruk, kulit terbakar terus, macam matahari direct kena kulit kau, rasa nak sembunyi tangan mana2 kulit. Kalau dekat Malaysia selamba je aku senseng lengan bagi kena angin. Macam ni panas,



 Aku (kejap saya kejap aku kan, ah lantak.) nak share beberapa cerita mengenai pandangan terhadap agama kita dia tempat orang ini. Sebelum aku fly lagi, aku pesan dekat mak, jangan risau semua akan ok, orang putih baik je sebenarnya, orang melayu pun tak semua baik. Because she was worried bout the.... u know benda yang jadi dekat amerika, ehemmm. Aku pesan these countries are different, diorang tak diskriminasi sangat. blabla pendapat aku masa tu aku lontarkan dekat mak taknak bagi mak risau sangat.

 Dan sesampainya aku kat London aku terpegun dengan cashier staff diorang yang akan greet like "hello young lady, are u ok?" atau "hi, good morning" dan kebanyakkannya selepas membuat pembayaran mesti ada "thank you, have a nice day!" Kalau berselisih bahu antara satu sama lain, terlanggar ke, mesti akan cakap "Excuse me, atau i'm so sorry" tak semua, tapi kebanyakkannya lah... hey suka lah kita orang panggil young lady!

Dalam tak sampai sebulan aku kira, masa aku naik tube untuk ke campus,

aku perasan orang dalam train ramai baca paper yang free di beri tiap2 pagi tu, aku buat taktau je, dan orang depan aku letak paper dia sebelah seat yang takde orang duduk, dan kawan aku ambik baca la macam biasa. Rupanya kecoh pasal seorang lelaki kulit gelap yang beragama islam, membunuh orang secara random dan polis dia somewhere dekat sini lah. Dan lelaki tidak betul itu siap cakap itu suruhan Allah dan Allahuakbar macam2 lagi. Sebagai orang islam yang tak suka masuk campur benda2 pelik macam ni, of course aku dan kawan2 tak suka, sangat tak suka, dalam hati masa tu kenapalah jadi macam ni waktu ini, sebelum ini tak pernah isu macam ni terjadi punn. Dan aku ingat lagi petang tu kitorang balik dari campus masa naik tube, orang pandang kitorang pelik, sumpah aku cuak, pada masa yang sama aku nak je cakap dengan diorang aku takde kaitan pun dengan semua tu.Amat teramat sedih bila orang fikir agama kita bertentangan dari apa sebenarnya kita, kan? 2 kali weekends jugaklah aku tak keluar rumah sebab isu tu, takut sebab ada juga dengar orang putih revenge dengan pukul perempuan muslim dalam tube lah. Dan yeah, ada masjid berdekatan sini dibakar, ada jugak cerita orang serang masjid. Semuanya berita tak enak. Yang buat aku sedih sampai beberapa bulan jugakla aku kurang friendly dah dengan local. Rasa bersalah ke apa tah taktau nak gambarkan.


 Ini cerita yang aku nak kongsikan, Sehari sebelum puasa, aku ke Pret Manger, sebab lambat ke campus confirm breakfast dah habis, aku ambik sandwich yang aku baca dekat bakul tu "tuna" so okaylah nak layan tuna sandwich, memang habit selalu akan baca ingredient untuk check ada alcohol tak, ada bab1 tak, tapi hari tu macam yakin betul pulak, masa nak bayar cashier staff perempuan, cakap

 "this is ham, u cant eat this, u want me to take tuna for u miss?" aku terkejut lah sebab aku tersalah ambik, mungkin ada orang lain tersalah letak dalam bakul lain ke. Kalau aku berhati jahat dan aku beragama lain apa aku kisah orang agama ini dan itu nak makan benda haram ke tak kan? dan aku pun cakap thanks berulang kali dan dia menjawab

"its ok, next time u can just ask us, dont worry .. btw its ur fasting day tomorrow rite? eat well for today, will you?"

 dan aku senyum sambil terharu jugaklah.



Hari kedua berpuasa, aku dan kawan naik double decker, suka sangat duduk upper deck, lepas tu nak depan pulak tu, nak feeling terbang konon, pui. Kebetulan tempat favorite tu memang kosong, side sebelah pulak ada seorang english man baru nak bukak wrap sandwich(i guess) dengan air, baru je kami melabuhkan punggung, terdengar suara;
 "sorry guys, are u fasting?"
 -yes we are 
"oh its ok, i will eat at the back" 
-its okay, we get used to it already, its okay, just eat here, we dont mind 
"no no no i cant do that, i cant eat while ur stomach's empty, i will sit at the back, i understand" 
terharu lagi. Tak tahu la macam mana nak cakap bila ada orang bukan seagama dengan kau hormat kau perut kosong dan makan sorok-sorok tak bagi kau nampak sebab dia kasihankan kau, aku ni tak boleh puasa selamba je togok air depan kawan aku yang puasa (shame of me). Malu sangat.

Nimrod Road,Furzedown London 9:15PM

 Hari ketiga berpuasa, event dekat campus lambat sangat habis, aku dah kerap menjeling ke arah jam, hm pukul 9 malam dah, padahal 9 malam London tiadalah kelam langsung, ala-ala petang pukul 4 macam tu je, azan dekat application henfon dah bunyi pukul 920pm, sesampai Camden, rasa nak grab jugak untuk berbuka, singgah di kfc nak order, sorang lagi local tak bagi aku beli sebab dia kata aku kena puasa, sentap mak nokk takkan mak nak puasa 24jam. dah aku kena terangkan macam-macam dekat dia. Kau bayangkan ayam dah menari-nari depan mata belakang kaunter tu, masa yang sama kena argue dengan staff yang waktu tu dah iftar timing, berpeluh lah jugak mencabarnya. Akhirnya, dapatlah isi ayam menjejak ke tekak ku.


4-5 hari  kemudian,  Inductor cooker kami rosak, dah report maintenance pun macam lambat sangat, terpaksalah membeli juadah..makanya jejaklah kali kami ke Sainsbury's kedai groceries berdekatan, tengah dok baca igredients, ada seorang lelaki seakan macam marah kitorang beli makanan (berdasarkan kes di KFC) aku tunjuk botol air yang aku sempat grab masa berbuka menunjukkan suda waktu berbuka. Lepas tu lelaki tadi beria-ria ajak kitorang ke pintu belakang market tu, debar jugak kalaulah dia ni jahat nak buat apa- apa boleh je, tapi kenapa sebelah lagi hati yakin je. Langkah kami ikutkan saja mamat tadi, dan pintu dibuka terbau makanan. WAHHH. Lelaki tadi jugak merupakan seorang muslim dan dalam bilik tu ada lagi 4 orang, bila aku tanya asal mereka dari Bangladesh, Turki, Arab. Diorang yang kesemua lelaki ni ajak kami yang dua orang perempuan ni berbuka sama, cedokkan lauk, letak popia, samosa, (u know portion orang arab macam mana kan) nak meletup jugaklah perut aku haha, nak menitik jugaklah air mata aku bila ada orang seagama di tempat yang jauh dari keluarga ni care, dan masakan tu dimasak oleh isteri diorang, popia dia superb sedap. Yang best siap dapat tapau, boleh buat sahur. Kalau aku bawak camera masa tu nak jugak aku rakamkan moment yang takkan aku lupa. Aku doakan hidup diorang kat sana aman dan diberkati Allah.


Dan hari ini aku dok tengok Buletin Utama sisipan cerita pasal ada gerai dibuka untuk orang tidak puasa bertajuk "penjawat awam juga ditangkap". Soalan aku, kenapa orang bukan islam boleh concern kenapa tidak kita? well kalau dengan Allah pun tak malu, inikan pulak setakat manusia. Ye dak? why man?

 Alhamdulillah, bila merasa tempat orang sangat panas, berpuasa daripada pukul 2pagi sampai 930malam, syukur aku lahirkan, Semua umat islam, silalah puasa bukan selalu pun wajib, kasi perut rehat sambil beribadah kepadaNya. Tak susah man nak buat baik, kalau nak buat jahat kau kena terhinjut-hinjut, sorok-sorok masuk kedai nak fikir nervous lagi, plan kena baik, lepas makan nak kena cover tak bagi nampak nasi kat gigi, susah wei. Apa kata buat je benda yang dah memang tentu-tentu tak salah, kalau ikhlas pahala pun dapat.

Cerita aku, jangan judge siapa-siapa, dari segi agama, bangsa, umur,dan pendapat. Hormat semua orang. Jaga diri!