Wednesday, September 18, 2013

Saya salahkan takdir

Selalu nak salahkan takdir, salahkan Tuhan, salahkan masa lepas bila perkara buruk bertimpa-timpa. Tapi di waktu gembira, senang linang waktu dulu tiada pulak hendak bersyukur dan berjaga-jaga bukan? Biasalah, bila terjadi bala, baru teraba-raba mencari sejadah.

Macam aku sekarang ni, dah gemuk okay??? triple chin, sumenya triple. ehehehe, aku salahkan arwah ayah aku sebab bagi aku macam macam vitamin scott emulsion lah, minyak ikan la, sebab masa aku kecik aku kurus kedengking, HAHA. Tapi, dulu aku dok hadap forzen pizza hari-hari, burger abang Camden, bubble tea dekat stesen bus, choc fudge, nasi briyani pakcik Tooting Broadway sedap-nak-mampus, setiap kali balik sekolah, so salah siapa yang menghulurkan duit dan merelakan makanan-makanan tersebut masuk ke dalam tekak melalui saat-saat sukar sistem penghadaman sebab makanan tak sihat? siapa??
YE tepat sekali!!  aku lah orang nya. Jadi bukan salah arwah ayah aku, takdir, pakcik pakistan, abang morrisson, lagi kerana menggemukkan aku, salah aku sendiri,


Penah jugak dulu aku jahilliyah nokharom aku salahkan Tuhan, tiap tiap kali sembahyang aku doa dekat Allah supaya menjadikan aku kurus, dan cantik. =.= (why so dump), lepas solat pergi kedai beli frozen french fries, balik rumah goreng, makan dengan mustard dan sos lagi best ada cheese, pastu waktu asar berdoa lagi "Ya Allah, jadikanlah aku kurus dan cantik, ini saja aku minta setakat ini..amin"
Kau tengok? doa dahla tak matang, lepas tu diri sendiri takde usaha langsung, apa cer?

Well, cikgu addmaths aku dulu selalu cakap sebab masa tu kitorang semua malas belajar addmaths, jadi dia memberi pepatah yang aku ingat sampai sekarang;

"menyesal tak pernah datang dulu"


Oh sekarang dah menyesal?
apa perlu buat ni? cakap padan muka? no. bolehla jugak nak cakap untuk buat sedarkan diri, 
Learn from those stupid mistakes.

Past is past. Boleh kenang dan jadikan ikhtibar, so SEKARANG nak kurus kenalah jaga makan, bersenam, bolehla kalau nak berdoa jugak kan.. hiks >.<. Tak perlu nak salahkan takdir atau masa lampau, sebab masa tetap berlalu... kalau kau boleh pusing masa lampau, kau mesti tak hendak buat semua benda yang kau BARU menyesal sekarang bukan? Boleh menyesal je lah, tak boleh buat apa...cuma yang kau ada hari ini untuk ubah masa depan supaya tak jadi benda yang sama macam sekarang. Yelah aku taula cakap je senang..







Just my 2cents. take care.

with love, Sara